Monday, May 18, 2009

Kertas Kerja Cadangan Projek YBAM perak

Kertas Kerja Cadangan Projek
Kem Kepimpinan Belia Buddhist 2009

1. Pengenalan:
Persatuan Belia Buddhist Malaysia Negeri Perak sebagai badan gabungan, menjalankan pelbagai projek dan program untuk mempertingkatkan moral dan etika hidup belia Buddhist melalui penerapan nilai-nilai murni dan pembangunan rohaniah demi mewujudkan masyarakat yang arif-bijaksana, penyayang dan bersyukur. Kem Kepimpinan Belia akan diadakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli sebagai bakal pemimpin.

2. Matlamat:
Untuk memperkukuhkan tahap kepimpinan pemimpin-pemimpin peringkat negeri.
a) Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin-pemimpin.
b) Untuk mengeratkan perhubungan antara ahli-ahli .

3. Tarikh dan Tempat:
Projek ini akan diadakan 3 hari 2 malam ditetapkan pada 13hb dan 15hb Mac 2009; tempat yang dicadangkan ialah di Bukit Merah Laketown Resort.

4. Jawatankuasa Pengelola:
Penasihat : Khoo ...
Pengerusi : Kang .....
Setiausaha : Ng ....
Bendahari : Thean....
Ajk : .....

5. Program: Sila rujuk Lampiran 1.

6. Peserta: 100 orang

7. Belanjawan:
Perbelanjaan kem kepimpinan ini adalah seperti berikut:-
Belanjawan RM
Penyinapan dan sewa dewan 6,000.00
Makanan dan minuman (100 orang x RM48) 4,800.00
Elaun penceramah (3 orang x RM300) 900.00
Pengangkutan 300.00
Fail dan alatulis 400.00
Kemeja baju T 1,800.00
Perbelanjaan am / Lain-lain 800.00
15,000.00

Kos Keseluruhan Program / Projek RM

Punca Pembiayaan
Yuran Penyertaan 3000.00
Tajaan 2000.00
Kutipan Derma Orang Ramai 0.00
Lain-Lain 0.00
5,000.00
Jumlah bantuan yang di pohon daripada
Kementerian Belia Dan Sukan untuk program / projek ini : RM 10,000.00

8. Penutup:
Melalui kem kepimpinan ini, diharapkan pemimpin-pemimpin belia Buddhist dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing demi perkembangan persatuan yang lebih mantap dan berkesan dalam menjalankan kewajipannya.

Disediakan oleh : _____________________
Kang XX (012-XXXXXXX)
Tarikh : 21hb Jan 2009
No Akaun : Persatuan Belia Buddhist Malaysia
RHB Bank 2080xx-00xxxxxxxx

Lampiran 1
Kem Kepimpinan Belia Buddhist 2009
Program
Hari Pertama (Jumaat)
16:00 Pengesahan kehadiran / pendaftaran.
19:00 Makan malam
20:30 Ice Breaking / Pengenalan pemimpin Negeri kepada peserta
22:30 Rehat / Tidur

Hari Ke-2 (Sabtu)
07:00 Senaman pagi / Makan pagi
09:00 Aktiviti interaksi “Satu keluarga”
10:40 Minum pagi
11:00 Kertas kerja
12:30 Makan tengahari
14:00 Ceramah (1) : Sifat dan peranan pemimpin
15:30 Minum petang
17:00 Aktiviti luar/ Makan malam
19:00 Majlis Perasmian
20:00 Forum / Pemimpin cermelang dan dedikasi
22:30 Rehat / Tidur

Hari ke-3 (Ahad)
07:00 Senaman pagi / Makan pagi
09:00 Sesi perbincangan / Kesimpulan
10.30 Majlis Penutup
11:00 Makan tengahari
12.00 Bersurai

0 Comments:

Post a Comment

<< Home